Monday, 21 April 2014

Perkara-Perkara Penting Untuk Menjadi Guru Cemerlang

Menurut kajian Office for Standard in Education (OFSTED), badan penaziran sekolah di United Kingdom, yang sama peranannya seperti Jemaah Nazir Sekolah di negara kita, terdapat tujuh elemen yang perlu ada bagi seseorang guru cemerlang iaitu;


1. Mengetahui dan menguasai mata pelajaran yang diajar secara mendalam
2. Mempunyai harapan yang tinggi terhadap kemampuan dan kebolehan  pelajarnya
3. Merancang pengajaran secara sistematik dan memenuhi keperluan  pelajar   
4. Mengurus pelajar dan mengawal bilik darjah dengan baik
5. Menggunakan masa dan sumber secara berkesan
6. Melaksanakan penilaian berterusan terhadap tugasan dan latihan  pelajar
7. Memberikan kerja rumah sebagai pengukuhan kepada perkara yang  dipelajari pelajar di sekolah 

Renungan Bersama Bagi Bakal-Bakal Guru


  • Adakah ini merupakan ciri-ciri ataupun karakter yang perlu ada pada seorang guru?
  • Apakah pandangan para pelajar terhadap guru yang berperangai begini?






                                                                        Video Sampingan

Bukan niat kami untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Tapi harus diingat, bahawa setiap individu yang memegang gelaran guru turut membawa kredibiliti dan ketrampilan yang datang secara pakej bersama dengan tanggungjawab tersebut.

Jika kita sendiri tidak mampu menunjukkan tanggungjawab yang baik bagi diri kita sendiri, bagaimana kita akan mampu untuk membentuk akhlak dan sahsiah para pelajar yang dipertanggungjawabkan kepada kita?
Tepuk dada tanya hati.

Ciri-Ciri Guru Berkesan


Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:


 Bersikap profesional.
 Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
 Kaya ilmu.
 Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
 Bermoral teguh.
 Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
 Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
 Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
 Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan  semasa.
. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa
 Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
 Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh
 Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
 Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai   diri(bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan   diri dengan situasi tertentu) 
• Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya 
 Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
 Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

KRITERIA GURU UNGGUL


Topik kali ini kami akan membincangkan tentang sahsiah guru yang unggul. seperti kita sedia maklum tugas seorang pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, guru juga bertanggungjawab membina akhlak mulia kepada anak murid. Walau mengajar bidang apa sekalipun, aspek pembinaan sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras kepada usaha pendidikan itu. Dalam zaman yang serba moden dan mencabar, kerjaya sebagai guru penuh dengan cabaran sehingga ada segelintir guru yang tidak dapat mengawal emosi lantas mengambil tindakan menghukum pelajar di luar batas etika. Seorang guru perlu mendidik pelajar dengan nilai dan kasih sayang yang tinggi. Sebagai mukmin, panduan yang ditunjukkan Rasulullah SAW boleh diamalkan semasa menjalankan tugas mendidik.



          Banyak kisah dan peristiwa dilalui Rasulullah SAW yang mempamerkan perwatakan luhur pendidik. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, katanya: “Sedang kami berada di dalam masjid bersama-sama Rasulullah SAW, seorang Badwi telah datang dan duduk mencangkung membuang air kencing di dalam masjid. Sahabat berkata kepada lelaki Badwi itu: Berhenti! Berhenti! Namun Rasulullah SAW berkata: Jangan ganggu dan biarkan dia sendiri. Oleh demikian mereka pun membiarkan saja lelaki itu selesai membuang air kencingnya, kemudian Rasulullah SAW memanggil lelaki berkenaan dan berkata kepadanya: Di dalam masjid tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara seperti membuang air kencing atau membuat kerosakan kerana masjid ini adalah tempat beribadat kepada Allah, tempat solat dan membaca al-Quran. Kemudian Rasulullah SAW mengarahkan seorang lelaki supaya mengambil sebaldi air untuk membasuh kawasan tempat lelaki Badwi itu membuang air kencing.

          Apa yang dapat kisah iktibarkan daripada kisah itu? Pertama, jangan bersikap terburu-buru terhadap orang yang melakukan kesalahan. Rasulullah SAW dalam peristiwa itu jelas mempamerkan sikap berpandangan jauhnya menghadapi sesuatu keadaan.
Baginda menggunakan pendekatan menegur kesalahan seseorang secara berhemah dan lemah lembut dengan disertakan penjelasan terperinci mengenai kesalahan yang dilakukan. Inilah pendekatan sepatutnya diamalkan guru dalam proses pendidikan.


          Rasulullah SAW bersikap lemah lembut apabila mengendalikan seseorang yang jahil dan mengajar perkara yang patut diketahuinya bukan dengan memarahi.

Imam al-Ghazali menggariskan beberapa kriteria unggul seorang pendidik antaranya, guru harus sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan baik. Guru juga hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak didiknya.

          Imam al-Ghazali menggariskan beberapa kriteria unggul seorang pendidik antaranya, guru harus sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan baik. Guru juga hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak didiknya. 

          Diriwayatkan daripada Abu Musa, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya perumpamaan hidayah (petunjuk) dan ilmu Allah yang menjadikan aku sebagai utusan itu seperti hujan yang turun ke bumi. Di antara bumi itu terdapat sebidang tanah subur yang menyerap air dan sebidang tanah itu rumput hijau tumbuh subur. Ada juga sebidang tanah yang tidak menumbuhkan apa-apa, walaupun tanah itu penuh dengan air. Padahal Allah menurunkan air supaya manusia dapat meminumnya, menghilangkan rasa haus dan menanam. Ada juga sekelompok orang yang mempunyai tanah gersang yang tidak ada air dan tidak tumbuh apapun di tanah itu. Gambaran itu seperti orang yang mempunyai ilmu agama Allah dan mahu memanfaatkan sesuatu yang telah menyebabkan aku diutuskan oleh Allah, kemudian orang itu mempelajari dan mengerjakannya. Dan seperti orang yang sedikitpun tidak tertarik dengan apa yang telah menyebabkan aku diutuskan oleh Allah. Dia tidak mendapat petunjuk daripada Allah yang kerananya aku utusan-Nya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Guru Sunyi Noda Pelajar

10/05/2011, KUANTAN: Mungkin kerana kesunyian akibat berjauhan dengan isteri, seorang guru gagal mengawal nafsunya lalu merogol pelajarnya sendiri berusia 15 tahun selepas mempelawa mangsa datang ke rumahnya dengan alasan mengulang kaji pelajaran.


Kejadian berlaku di rumah guru berusia 33 tahun itu iaitu di kuarters sebuah sekolah menengah di Jerantut pada kira-kira jam 3.30 petang, Khamis lalu.

Menurut sumber , sebelum kejadian guru terbabit dikatakan menghubungi ibu mangsa dan mempelawa mangsa datang ke rumah dengan alasan mahu membantunya belajar dan tawaran itu diterima baik ibu mangsa tanpa sebarang prasangka.

Katanya, mangsa pergi ke rumah gurunya itu yang terletak tidak jauh dari rumahnya dengan ditemani rakan, namun rakannya terus pulang selepas menghantarnya.

"Pada mulanya guru itu mengajar mangsa tugasan sekolah, namun dipercayai gagal mengawal nafsunya dan terus memeluk mangsa dari belakang sebelum merogolnya.

sumber diperoleh daripada http://www.hmetro.com.my


Sikap guru punca ponteng

20/09/2013 ,Kuala Lumpur: Bosan dengan sikap dan personaliti guru yang terlalu mementingkan pencapaian akademik dikenal pasti antara sebab utama sebahagian besar pelajar sekolah menengah, ponteng. 

Ketika di dalam kelas, pelajar yang dikategorikan sebagai lemah merasakan diri mereka dipinggir oleh guru yang lebih cenderung memberi tumpuan kepada pelajar bijak atau mudah memahami pelajaran dalam kelas. 


Ketua Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya, Dr Zahari Ishak, berkata personaliti guru dan keadaan persekitaran dalam sekolah adalah faktor utama punca pelajar tidak ke sekolah kerana mereka tertekan apabila kerap dimarahi di depan rakan sekelas menyebabkan mereka malu dan akhirnya mengambil jalan mudah untuk ponteng. 
Isu guru, Semua salah cikgu, Panduak menjadi guru, cabaran menjadi guru,


Cara pengajaran guru 

“Kajian dilakukan juga mendapati antara sebab pelajar hilang minat belajar dan seterusnya bertindak ponteng ialah cara pengajaran guru yang terlalu laju dan sukar difahami terutama bagi subjek kritikal seperti Matematik. 

“Punca lain adalah personaliti guru yang bersikap negatif seperti terlalu garang, suka marah atau suka membebel serta meminggirkan pelajar yang kurang pandai ketika dalam kelas,” katanya pada pelancaran monograf bertajuk ‘Senario Ponteng Pelajar Sekolah Menengah: Suatu Analisis Statistikal’ di sini, semalam. 

Monograf dilancarkan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye itu adalah hasil kajian 10 bulan sejak April tahun lalu oleh sepasukan penyelidik diketuai Dr Zahari dan Dr Low Suet Fin, pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, serta beberapa pelajar ijazah sarjana. 
Penyelidikan yang dibukukan dan sudah dicetak 1,000 naskhah sebagai rujukan itu diterbitkan MCPF dengan kerjasama Universiti Malaya dan Kementerian Pendidikan. 

Dr Zahari berkata, hasil temubual yang dijalankan terhadap 472 pelajar ‘kaki ponteng’ sebagai sampel kajian dari 15 sekolah Semenanjung Malaysia di kawasan bandar, luar bandar, pulau dan FELDA, mendapati hampir 80 peratus menyatakan mereka suka ke sekolah tetapi sebaliknya tertekan dengan cara guru kelas. 

Tidak kreatif 

“Mereka tidak berasa seronok dengan cara penyampaian guru yang sukar difahami, tidak kreatif selain kerap dimarahi apabila sering mengajukan soalan sehingga menimbulkan rasa resah setiap kali berdepan guru yang mempunyai tabiat yang sama. 

“Ada juga yang sanggup ponteng kerana tidak suka belajar subjek tertentu terutama Sejarah selain tidak suka dengan polisi pentadbiran sekolah yang mengutamakan pencapaian akademik hingga mengabaikan pelajar yang ketinggalan,” katanya. 

Beliau berkata, kajian turut menunjukkan tidak semua kaki ponteng itu pelajar yang kurang bijak namun pihak sekolah dilihat gagal untuk memupuk rasa suka untuk pelajar datang ke sekolah atau memberi tumpuan khas untuk pelajar yang tidak cemerlang dalam akademik. 

Sementara itu, Lam Thye berkata, berdasarkan rekod kementerian pada 2010 menunjukkan 111,484 pelajar terbabit dalam pelbagai masalah disiplin dan untuk kes ponteng sekolah, mencecah 19,545 kes.




Berita dipetik dan diperolehi daripada 
http://www.bharian.com.my/articles/Sikapgurupuncaponteng/Article/

Thursday, 27 March 2014

PENGENALAN


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya mencipta blog ini bagi memenuhi tuntutan tugasan kursus Pembangunan Sahsiah (KKD2063).

Kumpulan kami terdiri daripada lima orang pelajar. Uniknya kumpulan kami ini terdiri daripada pelajar yang berlainan bangsa sesuai dengan konsep 1Malaysia yang ingin memupuk semangat perpaduan antara kaum. Ahli kumpulan terdiri daripada Akmal, Fahmi, Atiqah, Kylie dan Wenny.

Untuk tugasan kami, kami diminta untuk menyediakan satu Kit Pembangunan Sahsiah bagi meningkatkan kesedaran khususnya kepada bakal guru dan guru-guru akan kepentingan memupuk ciri-ciri peribadi yang murni dalam usaha untuk menghasilkan pelajar yang holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

Justeru, kami telah memilih blog sebagai saluran kami untuk menyediakan kit kumpulan kami. Semoga setiap coretan yang kami tinggalkan di sini menjadi panduan yang berguna untuk setiap yang membaca.

Sekian dari kami :)

CIRI-CIRI GURU CEMERLANG DARI ASPEK PERSONALITI DAN SAHSIAH


              Sejak dari mula lagi, personaliti dan sahsiah seorang guru sering dikaitkan dengan kejayaan dan kegagalan seorang pelajar dalam proses pembelajaran. Hal ini kerana, jika para pelajar mendapat guru yang tidak mempunyai kriteria guru yang cemerlang, sudah pasti pelajar juga sukar untuk cemerlang.

                  Selain daripada itu, contoh buruk yang ditonjolkan oleh guru-guru yang tidak bersahsiah akan membuatkan masyarakat mempunyai persepsi yang buruk berkenaan profesion perguruan. Profesion perguruan sering kali di anggap sebagai suatu tugas mulia kerana para guru merupakan orang yang akan mendidik generasi pelapis negara. Guru yang tidak bersahsiah juga cenderung untuk diperlekehkan oleh para pelajar serta individu di sekelilingnya. Mereka akan hilang rasa hormat mereka terhadap guru tersebut di atas sikap guru tersebut yang kurang sesuai dengan profesionnya sebagai seorang guru. Apa yang lebih membimbangkan, guru ini juga berpotensi untuk mempengaruhi para pelajarnya melalui personaliti yang ditonjolkan olehnya. Sebagai seorang yang lebih rapat kepada pelajar selepas ibu bapa dan rakan sebaya, guru mempunyai pengaruh ke atas perkembangan personaliti pelajar serta mampu untuk menentukan samada pelajar itu bakal membesar dengan sikap dan sahsiah yang baik atau sebaliknya.




                      Seterusnya, saya akan membincangkan pula ciri-ciri guru yang tidak mempunyai personaliti dan sahsiah yang baik. Antara ciri yang biasa dilihat pada segelintir guru ialah, tidak bertanggungjawab. Guru yang tidak bertanggungjawab kebiasaannya akan mengajar para pelajarnya dengan sambil lewa. Guru tersebut tidak akan pernah mengambil serius akan kewajipannya apatah lagi tugasan tambahan yang diberikan kepadanya. Guru yang mempunyai sikap pilih kasih dan tidak adil turut dirujuk sebagai guru yang tidak bersahsiah. Sebagai seorang pendidik, guru tidak sepatutnya mengamalkan sikap pilih kasih di dalam kelas. Contohnya, guru hanya memberikan perhatian kepada para pelajar yang pandai sahaja dan memperlakukan yang sebaliknya kepada para pelajar yang kurang pandai. Guru perlu mengajar dan memberikan ilmunya kepada para pelajar secara sama rata dan adil tanpa membeza-bezakan antara pelajarnya.

                            Meskipun begitu, masih ramai lagi guru-guru yang mempunyai personaliti dan sahsiah yang baik dan menarik. Antara ciri-ciri guru yang baik dan dihormati pelajar ialah, guru yang mesra pelajar. Guru sebegini gemar mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh pelajar serta mudah untuk didekati oleh para pelajar. Guru yang mempunyai ciri seperti ini mampu menjadi role model  kepada para pelajarnya. Para pelajar juga dapat mengembangkan personaliti yang baik secara tidak langsung.

                           Guru yang amanah dan bertanggungjawab juga mampu membentuk pelajar yang berakhlak mulia dan mempunyai sahsiah yang baik. Melalui sifat baik yang ditonjolkan oleh seorang guru, para pelajar dapat mencontohinya dan menjadi pelajar yang lebih baik dari segi rohaninya. Sememangnya, dalam usaha membentuk pelajar yang baik dan cemerlang, para guru memainkan peranan yang sangat penting dan sahsiah yang terpuji seperti ini jelas mampu menyumbang ke arah pencapaian matlamat tersebut.

                          Akhir sekali, guru yang periang merupakan guru yang disukai oleh para pelajarnya. Guru yang mempunyai sikap seperti ini gemar mempamerkan wajah yang ceria samada di dalam kelas mahupun diluar. Guru ini kebiasaannya mempunyai semangat dan aura yang positif yang membuatkan para pelajar berasa selesa berada di sekitarnya. Sikap yang sebegini merupakan salah satu pemangkin kepada pembentukan pelajar yang bersahsiah baik, proaktif dan cemerlang dalam pelbagai bidang yang diceburi olehnya kelak.

                            


Sumber rujukan di SINI