Sejak dari mula lagi, personaliti dan sahsiah seorang guru sering dikaitkan dengan kejayaan dan kegagalan seorang pelajar dalam proses pembelajaran. Hal ini kerana, jika para pelajar mendapat guru yang tidak mempunyai kriteria guru yang cemerlang, sudah pasti pelajar juga sukar untuk cemerlang.
Selain daripada itu, contoh buruk yang ditonjolkan oleh guru-guru yang tidak bersahsiah akan membuatkan masyarakat mempunyai persepsi yang buruk berkenaan profesion perguruan. Profesion perguruan sering kali di anggap sebagai suatu tugas mulia kerana para guru merupakan orang yang akan mendidik generasi pelapis negara. Guru yang tidak bersahsiah juga cenderung untuk diperlekehkan oleh para pelajar serta individu di sekelilingnya. Mereka akan hilang rasa hormat mereka terhadap guru tersebut di atas sikap guru tersebut yang kurang sesuai dengan profesionnya sebagai seorang guru. Apa yang lebih membimbangkan, guru ini juga berpotensi untuk mempengaruhi para pelajarnya melalui personaliti yang ditonjolkan olehnya. Sebagai seorang yang lebih rapat kepada pelajar selepas ibu bapa dan rakan sebaya, guru mempunyai pengaruh ke atas perkembangan personaliti pelajar serta mampu untuk menentukan samada pelajar itu bakal membesar dengan sikap dan sahsiah yang baik atau sebaliknya.
Seterusnya, saya akan membincangkan pula ciri-ciri guru yang tidak mempunyai personaliti dan sahsiah yang baik. Antara ciri yang biasa dilihat pada segelintir guru ialah, tidak bertanggungjawab. Guru yang tidak bertanggungjawab kebiasaannya akan mengajar para pelajarnya dengan sambil lewa. Guru tersebut tidak akan pernah mengambil serius akan kewajipannya apatah lagi tugasan tambahan yang diberikan kepadanya. Guru yang mempunyai sikap pilih kasih dan tidak adil turut dirujuk sebagai guru yang tidak bersahsiah. Sebagai seorang pendidik, guru tidak sepatutnya mengamalkan sikap pilih kasih di dalam kelas. Contohnya, guru hanya memberikan perhatian kepada para pelajar yang pandai sahaja dan memperlakukan yang sebaliknya kepada para pelajar yang kurang pandai. Guru perlu mengajar dan memberikan ilmunya kepada para pelajar secara sama rata dan adil tanpa membeza-bezakan antara pelajarnya.

Meskipun begitu, masih ramai lagi guru-guru yang mempunyai personaliti dan sahsiah yang baik dan menarik. Antara ciri-ciri guru yang baik dan dihormati pelajar ialah, guru yang mesra pelajar. Guru sebegini gemar mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh pelajar serta mudah untuk didekati oleh para pelajar. Guru yang mempunyai ciri seperti ini mampu menjadi role model kepada para pelajarnya. Para pelajar juga dapat mengembangkan personaliti yang baik secara tidak langsung.
Guru yang amanah dan bertanggungjawab juga mampu membentuk pelajar yang berakhlak mulia dan mempunyai sahsiah yang baik. Melalui sifat baik yang ditonjolkan oleh seorang guru, para pelajar dapat mencontohinya dan menjadi pelajar yang lebih baik dari segi rohaninya. Sememangnya, dalam usaha membentuk pelajar yang baik dan cemerlang, para guru memainkan peranan yang sangat penting dan sahsiah yang terpuji seperti ini jelas mampu menyumbang ke arah pencapaian matlamat tersebut.
Akhir sekali, guru yang periang merupakan guru yang disukai oleh para pelajarnya. Guru yang mempunyai sikap seperti ini gemar mempamerkan wajah yang ceria samada di dalam kelas mahupun diluar. Guru ini kebiasaannya mempunyai semangat dan aura yang positif yang membuatkan para pelajar berasa selesa berada di sekitarnya. Sikap yang sebegini merupakan salah satu pemangkin kepada pembentukan pelajar yang bersahsiah baik, proaktif dan cemerlang dalam pelbagai bidang yang diceburi olehnya kelak.
Sumber rujukan di SINI
.jpg)
.jpg)

No comments:
Post a Comment